Jinjang Joe

(Inspired by a friend’s pissed-off rant)

Hoi Jinjang Joe
kau ni…
merayap sana, merayap sini
aku dah tak tahan
tengok muka cempedak kau!

Bangsatnya spesis kau…

Aku dengan meriahnya
amik cuti hari Rabu
pegi shopping kat OU
tak nak tengok muka kau
kerana ku tahu
kau budak hujung minggu.

Tapi Jinjang Joe!
betapa bangsatnya kau
rupa-rupanya
kau dah expand network
dari part-time
sekarang dah twenty-four/seven
merayap kat shopping mall.

Kau ni…
dengan tattoo
ingat kau cool?
ada tattoo takpelaa
ni tiba-tiba nak pakai singlet pulak
menunjuk-nunjuk
apahal?

Kau ni…
rambut merah
ingat kau gagah?

Kau ni…
konon berbaju swastika
ingat kau Nazi punk
Nazi ciplak Hindu
kau pulak
ciplak Nazi!

Tahu tak
kalau Hitler ada
kau dengan Yahudi
sama je!

Hoi Jinjang Joe!
ingat tempat ni bapak kau punya ke?

…Tengok
kau buat aku camni
sampai bapak kau kena sound.

Mungkin jugak bapak kau orang baik
tapi sebab kau Jinjang Joe
maka terkenallah dia
sebagai sumber kejinjangan kau.

Tapi aku terpikir jugak
camane
nama kau dapat associate dengan Jinjang?
tempat tu aku pernah lalu
memang nampak macam wasteland KL
mungkin sebab tu kut
sebab pakaian kau pun
bagaikan sampah membalut taik!

Akhir.

Leave a Reply